jaga diri hiasi peribadi

Thursday, January 21, 2010

Amarah yang Marah

Seorang hamba ALLAH telah membicarakan tentang AMARAH ngan aku tadi, jadi utk tidak membuatkan aku lupa akan pesanan nye dan juga ingin berkongsi dengan orang lain, aku nak post kat sini ape yg disyorkan.die pun telah praktikkan mende ni dan alhamdulillah dah berjaya mengurangkan sikit sifat panas baran die.


1.Set kan kepala otak bahawa aku akan jadi orang yang penyabar

2.Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk, jangan tinggal wuduk

3.Amalkan banyak baca quran.kalau boleh, jangan tinggal walaupun sehari, lebih elok selepas solat 5 waktu.tak payah panjang-panjang pun takpe, 2 ayat pun dah ok yang penting baca.

4.Berzikir n solat sunat malam banyakkan buat solat witir pn dah ok dah sblum tido 3 rakaat amalkan insyALLAH die yakin aku leh jadi penyabar.

5.Kalo nak marah tarik nafas n then senyum.. :) insyALLAH secara automatik..aku akan cool..
banyakkan senyum..sbb senyum leh hilang kan tensen dalam kepala.Kalau bole, bangun tido mengadap cermin dan senyum..

6.Amalkan bercakap lembut, jangan tengking-tengking..

7.Kalau diberi tekanan, cepat-cepat istigfar dan senyum..

Terima kasih kepada beliau kerana mengingatkan aku, kepada ape yang sepatutnya aku buat dan kepada orang-orang yang aku sayang dan menyayangi aku.

Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka tapi selama ini aku telah buat perkara2 yang tak sepatutnya aku buat.Maafkan aku..

Syukur Alhamdulillah kerana Allah s.w.t telah mengurniakan sahabat yang bole mengingatkan aku dan membimbing aku ke jalanNya.

"Ya ALLAH, bimbinglah aku ke jalanMu supaya aku dapat membimbing rakan-rakan ku dan bimbinglah rakan-rakanku ke jalanMu supaya mereka dapat membimbingku..AMEEN.."

2 comments:

LeLa BeSt said...

=)

LeLa BeSt said...

pandainye kawan ko tu bg nasihat kt org.. baguih la bg la lg.. tp nti ko igtkn la dia suh elok2 skit perangai tu