jaga diri hiasi peribadi

Wednesday, March 25, 2009

Pengubat Hati Pengarang Jantung



sejuk hati tgk gambar ni..nak share ngan korang..

Monday, March 2, 2009

KURIK KUNDI

Kurik Kundi by Siti Nurhaliza

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda
Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita...

Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya

( Perak )
Ada...O...ada E...
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza

Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate

Selembut tarian hoi...
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya

Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan kuala
Cakap tidak serupe...(ateh)

Dihitung beratus beratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya...

( Negeri Sembilan )
Mana usang diperbarui
Mana lapuk hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan...
Kalau panjangan cantik manis...
Mintak dikerat...

Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato

Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa

Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh...oh...oh...oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe

( Sabah )
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku

( Sarawak )
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kame` nyambut madah tuan hulurkan
Kita` nyambut madah kame` hulurkan

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

Bukan ape tuan-tuan indah sungguh lagu ni..memartabatkan budi, bahasa dan kayanya negara kita, Negara Malaysia. Nak sentuh sket bab budi bahasa. Rasanya golongan X ni dah kurang budinya dan juga bahasanya. Kalo boleh, kite jangan hilangkan budi bahasa kita, cuba selami dan fikir baik2 adakah kita dapat mendidik diri kita supaya menjadi seorang yang berbudi bahasa seperti golongan sebelum kita. Semua pun tahu nenek moyang kita sungguh halus bahasanya, sungguh kaya dengan kiasan,pantun,seloka dan macam-macam lagi. Apa yang harus kita lakukan adalah didik diri sendiri dahulu dan amalkan..
Contoh amalan budi bahasa yang boleh dilakukan..(saya cube nak didik diri juga)
1. Beri salam..(sy sudah buat utk org yg lebih tua tapi belum berani utk beri salam kepada rakan sebaya)

2. Kurangkan sumpah seranah dan mencarut(ish..sy paling kuat pun bodoh kot..ish mulut jahat tol!)

3. Bersopan di jalan raya..mengalah tak bererti kalah..(tapi sy akan mengalah kepada org yg berbahasa je slalunye..cthnye kalo nak masuk di barisan hadapan saya, tolongla bagi signal ke, angkat tangan ke..tak luak pon...)

4. Hormat orang yang lebih tua..(ni macam-macam boleh buat..)
-salam cium tangan
-lalu di hadapan mereka dengan bongkok dan tangan di hadapan
-perlahankan suara
-lebihkan dengar dari bercakap

dan banyak lagi lah..korang bole fikir n bagi idea ke..

tapi saya di sini ingin menekankan juga bahawa

"HORMATI ORANG LAIN BARULAH ANDA AKAN DIHORMATI"

kalo korang je asyik nak dihormati tapi tak reti nak hormat org lain..pegi hidup dalam dunia sendiri jelah...