jaga diri hiasi peribadi

Thursday, January 21, 2010

Amarah yang Marah

Seorang hamba ALLAH telah membicarakan tentang AMARAH ngan aku tadi, jadi utk tidak membuatkan aku lupa akan pesanan nye dan juga ingin berkongsi dengan orang lain, aku nak post kat sini ape yg disyorkan.die pun telah praktikkan mende ni dan alhamdulillah dah berjaya mengurangkan sikit sifat panas baran die.


1.Set kan kepala otak bahawa aku akan jadi orang yang penyabar

2.Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk, jangan tinggal wuduk

3.Amalkan banyak baca quran.kalau boleh, jangan tinggal walaupun sehari, lebih elok selepas solat 5 waktu.tak payah panjang-panjang pun takpe, 2 ayat pun dah ok yang penting baca.

4.Berzikir n solat sunat malam banyakkan buat solat witir pn dah ok dah sblum tido 3 rakaat amalkan insyALLAH die yakin aku leh jadi penyabar.

5.Kalo nak marah tarik nafas n then senyum.. :) insyALLAH secara automatik..aku akan cool..
banyakkan senyum..sbb senyum leh hilang kan tensen dalam kepala.Kalau bole, bangun tido mengadap cermin dan senyum..

6.Amalkan bercakap lembut, jangan tengking-tengking..

7.Kalau diberi tekanan, cepat-cepat istigfar dan senyum..

Terima kasih kepada beliau kerana mengingatkan aku, kepada ape yang sepatutnya aku buat dan kepada orang-orang yang aku sayang dan menyayangi aku.

Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka tapi selama ini aku telah buat perkara2 yang tak sepatutnya aku buat.Maafkan aku..

Syukur Alhamdulillah kerana Allah s.w.t telah mengurniakan sahabat yang bole mengingatkan aku dan membimbing aku ke jalanNya.

"Ya ALLAH, bimbinglah aku ke jalanMu supaya aku dapat membimbing rakan-rakan ku dan bimbinglah rakan-rakanku ke jalanMu supaya mereka dapat membimbingku..AMEEN.."

Wednesday, January 13, 2010

Pesanan

Mak
belajar betul-betul
sembahyang jangan lupa
buat solat hajat
doa banyak-banyak (siap bekalkan buku doa dan solat hajat)
kalau ade peluang pergi usrah, pergila.join dorg

Ayah
belajar betul-betul
survey harga kete kat sana.dapat bawak balek merc sbijik okela

Adik
bawak balek chocolate eh
doakan adik dapat 5A UPSR nnti

Fini
doakan org dapat result SPM yang bagus
belikan kasut

Mustaqim
akak belikan la tak kasut, belt Gucci

Maktok
belajar betul-betul
jangan tinggal solat
jangan selalu sangat telefon rumah
kalau ade org nak "berkawan", cakap saya nak belajar dulu.kalo seyes, soh die jumpe mak ayah bile balek nanti

Nenek
jangan tinggal sembahyang
doa selalu bermain di bibir, mintak tolong dengan ALLAH
mu beli ke nenek beg se hok singgit tu hok org kate jual muroh2 longgok tu

Pakdik
jangan lupe study pasal camera tu, belajarla cane nak amek gmbr dengan baik
beli henbag se ke makdik

Anyoh
henbag satu, kulit yg lembik2 sket

Acik
kalu dapat AP, acik nok Merc se

Anjang
belajo molek

Angah
belajar betul2

Paklang
belajar btol2 ye
paklang nak gi sane holiday nanti

Makde
cari umah yg dekat, kalo walking distance lagi bagus
kat kedai Arab, kebab die best
pakaila simcard yang makde bagi tu

Ciklin
carila senior2 yang nak abes belajar dah

Andak
belajar betul2

Ateh
belajar betul2
belila henbag yang murah2 kat sane

Maksu
paksu kim jersi Manchester United 1
nanti amek gambar banyak2, Irfan n Irdina nak tgk gambar K.fi kat London
paksu soh amek gambar stadium Old Trafford
belajar betul2, gerenti la fi bole buat

Ifah
orang pergi oversea ni ada 3 kategori sama ade die akan lebih mengenali Tuhan, die akan jadi lebih teruk daripada apa yg die seblum pergi, atau die tak dapat apa-apa.
belajar bersungguh-sungguh

Kawan
jaga diri bebaik kat tempat orang
jangan tinggal solat
belajar bersungguh-sungguh
jaga kesihatan dan pemakanan
dont talk to strangers
jangan jalan sorang-sorang

Lela
ko nak soh aku belajar bersungguh2 jugak kan lela
tunggu kedatangan aku
tau tempat2 bersejarah ataupun cite disebalik tempat tu supaya bile org tanye nnti bole jawab
carikkan boypren mat saleh satu

Anod
tunggu kedatangan aku
bawakkan balek boypren gak satu
kemsalam kat pisang
belajar betul2

Tasha
jangan lupekan aku
tunggu kedatangan aku
belajar betul2

Tam
belajar betul2
kalau tia berjaya putihkan kulit, aku datang sana

Tok
jagakan tia (chet)

Omar
belikan kasut Clarks satu utk aku

K.A
belajar ACCA betul2
letak hadiah K.A nnti kt tempat belajar

Kimi
jalan2 nanti bawak botol
Please please please, kamu jangan nakal.

Syafiq Adik
nak doposen duit sini

Alip, Afni
bawak balekkan salji

Aju
jangan cari boypren lain, ingat boypren ko kat Msia

Omak, Abah n Nadirah
belajar betol2..banggokan omak n abah

Abg Am
tunggu ar abg am datang nanti
blajo molek

Iss, Fairuz, Yana
jangan lupekan kiteorg
belajar bersungguh-sungguh
nanti upload gmbar banyak2 supaya kiteorg jeles(hehe)
take care

Togel
jaga kesihatan kat sane sejuk

Nor
beli baju tym winter kat Primark je, pakai buang.simpan baju cantik2 utk summer nanti
cari toilet kat Mc D
ade beberapa Subway yg halal (aku dah tak ingat name tempat die sebut)
jalan nanti beg jaga leklok, duit sme

Beberapa org
dah abes nanti carila keje kat sane

p/s:banyak nye pesanan.ade lagi yang tak dapat di recall buat masa sekarang.to be updated.


Friday, January 8, 2010

The Brand New

Tahun baru, rasenye nak buat layout yang baru.lebih matang dan lebih bersemangat.mungkin ini jugalah azam tahun baru aku kot.sebab tanpa disedari je cam jumpa azam ni bile buat layout baru kat blog ni.sorry ye awak, haritu tak jumpe lagi kot azam tahun ni.skang dah jumpe.dan harapnya dapat mengecapi azam tersebut..


Kite dah memasuki tahun 2010.makin lama umur semakin meningkat.dah nak masuk 24 tahun dh.tahun ni tahun Harimau.kite (yg sebaya) jumpa tahun ni utk kali yg ke-3 dh.ape lagi yg kita sme nak dalam hidup ni?banyak lagi kan?24 tahun tu walaupon dah kire one third part of our life tapi rasenye aku masih tak dapat erti hidup yang sebenar dan banyak sangat lagi mende yg nak dibelajar.Harap dapat diberi kesempatan untuk belajar dan menikmati keindahan dan kemanisan hidup di landasan yang benar.

Ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada diri ini untuk segala-galanya..AMEEN..