jaga diri hiasi peribadi

Monday, May 24, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

ok, aku tau ni tajuk lagu Shahir AF8 tu kan, baru pernah dengar sekali die nyanyi lagu ni..suare die bole tahan la jugak..tapi tajuk lagu tu memberi seribu satu makna kepada aku..


dulu..ingat lagi..masa kecik2..memang aku selalu gile gaduh ngan Fini..memang tak bole nak pegi ngan die..itu tak kena, ini tak kena..aku pelik gak masa kat Jasin dulu, kawan2 smua rapat ngan kakak dorg, and adik pompuan dorg..tapi aku..ngan adik pompuan aku expecially Fini cannot go.kalo ngan Suffya plak lain, die manja ngan aku.so tade problem ngan Suffya..

Sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ni, aku dh mula baik dengan Fini, dan aku dh dapat membuat satu kesimpulan kenapa aku tak baik ngan die sebelum ni adalah disebabkan faktor umur.Mungkin beza umur kami 6tahun tu membuatkan pada peringkat aku remaja dulu, aku tak bole nak faham die sebab die masih kanak-kanak.Tapi bile die dh berada dalam alam remaja, barulah kami berdua rapat.Sebab berada di alam yang sama, a lot of common things to talk about and do together.

Actually aku dengan adik-adik sangat rapat.We used to hang out together in one of our room.Kalo semua balik, mesti ade satu ketika yg semua akan kumpul kat bilik sape2, or kadang2 stay up malam2 layan movie ke, layan sape2 main gitar ke..lepak, kutuk mengutuk, borak2..and we have some language yg direka sendiri dan hanya kami yang mengerti.Thats the most valuable thing yang rasenye membuatkan kami bonded together.

Bila cuti, time praktikal, and time habis belajar, masa aku di rumah banyak.Jadi, memang kami akan spend time same2..tengok wayang, gi beli barang kat tunas manja, pegi berjual kat Gerai Calong..n macam-macam lagi..

Skang, semua dh terpisah..masing2 membawa arah mencari erti hidup. Along (Mohamed Muhaiymin) di Subang, sibuk menguruskan bisnesnye..semoga sukses selalu abangku..Aku di London, menghabiskan sisa-sisa pembelajaran ACCA..semoga berjaya wahai Mayamin Syafiqah..Abang Teh (Mohamed Mustaqim) di Seri Kembangan/Bangi, masih dalam kursus Diploma in Welding dan sibuk dengan bisnes kecil-kecilannya..semoga kamu tahu apa yang kamu mahu dalam hidup...Kak Chik (Mayamin Syafini) di Kolej Matrikulasi Teknikal, Jengka..semoga kau menjadi lebih berilmu, matang dan dewasa..dan Adik (Mayamin Suffya) di rumah, menjadi peneman ibu dan ayah dan akan menduduki UPSR tahun ini.Semoga berjaya melalui liku-liku yang telah abang-abang dan kakak-kakakmu ini lalui dengan jayanya..

Bila berjauhan, rasa kasih dan sayang tu rasa lebih menebal.Rindu tak payah cakap la..kadang2 bole terdengar bahasa-bahasa kami adik beradik tu..Inilah mungkin, kebahagian dalam perpisahan.Semoga hubungan kami akan terus melahirkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain, talian darah inilah yang akan melengkapkan hidup masing-masing dan membahagiakan ibu dan ayah tercinta.

Only Allah knows how i miss them right here, right now.

Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, Mohamed Azlan bin Mohamed Ariff dan Nor Rehan binti Ali, kau kasihi mereka sebagaimana mereka kasihi diriku di masa kecil, kau permudahkan urusan mereka, kau berikan mereka kesihatan, panjangkan umur mereka.

Kau berikanlah kejayaan di dunia dan akhirat kepada adik beradik ku, Mohamed Muhaiymin bin Mohamed Azlan, Mayamin Syafiqah binti Mohamed Azlan, Mohamed Mustaqim bin Mohamed Azlan, Mayamin Syafini binti Mohamed Azlan dan Mayamin Suffya binti Mohamed Azlan.Kau jadikanlah kami anak-anak yang Soleh dan Solehah.

Ameen ya Rabbal Alameen..

6 comments:

LeLa BeSt said...

wuuwuuwuuuu~~

aku xkan nangis depan org. x macho seyhh

nk buat jugak post psl adik badik.. byk nk coret nih

mayamin syafiqah said...

macho tak macho..i ni emo sket..kat mane2 bole nanges..sape2 nak amek belakon pon boley..

ok bole buat post pasal adek badek..best2..lagi2 kisah adek badek ko..yang main keja2 dalam masjid tu best gak..ko ngan lobo..

LeLa BeSt said...

hahah aku xbuat lg ropenye.. haritu dh stat nk buat tp tetibe ade keje, sampai sudah lupe.. baik2, coming la

jaja said...

hi.
berblog walking n terjumpa ur blog.
bila baca, u sekrang kat london ambik acca ek?
u guna duet sendiri, scholar or loan?
sorry banyak tanya. :P
i sekarng ambik account kat uitm. dah final sem degree.
n teringin sangat nak ambik acca kat uk but dun know how.
boleh tak share cara nak apply u, apply loan (or scholar) dll.

thanks a lot dear ~~~

mayamin syafiqah said...

hye jaja..u bole contact i kat email tak?

mayamin@gmail.com

ym: fifiz_poofy

better kot nak cerita..

Anonymous said...

buy cheap renova online
- [url=http://buycheaprenova.webs.com/]where to buy renova online
[/url] - acne renova


get cheap renova online with no prescription


renova retin a
sportmans hotel renova pa
renova cream .02
what does renova do
renova pasley


http://buycheaprenova.webs.com/